Friday 28 October 2016

[Gambar] Mayat Lelaki Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Kedua Dijumpai

Mayat seorang lelaki yang dilaporkan mati lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, berhampiran Batu Maung pada pagi Selasa berjaya ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat pagi ini.

Isu Hairul Azreen Lambung Anak, Ini Kata Hairul Azreen....


Bila dah popular ni, semua yang dibuat mendapat perhatian kan?

Itu yan berlaku pada Hairul Azreen, gara-gara gambar Yusuf dilambung tinggi. Ramai yang mempersoalkan tindakan Hairul Azreen. Ada yang memberi nasihat dan amaran akibat perbuatan tersebut. 

Walaibagaimanapun, Hairul Azreen menerima segala teguran dan tidak sakit hati, menurut beliau :

Saya tak marah pun dengan komen yang ditulis, malah berterima kasih dengan mereka kerana menegur dan mengingatkan saya. Apa pun, ingin dijelaskan gambar itu diambil dari video yang saya rakam.
Pada masa sama rakaman itu dibuat dari sudut bawah, jadi ia kelihatan Yusuf seperti dilambung tinggi. Saya memahami perasaan mereka yang bimbang melihat gambar itu.

Hairul juga menjelaskan yang ini bukan kali pertama dia menjaga baby, sebelum ini dia pernah menjaga 15 orang anak saudaranya.

Memang saya pertama kali mendapat anak, tetapi ini bukan pengalaman pertama menjaga anak. Kalau nak tahu saya pernah menjaga 15 anak saudara. Setiap daripada mereka saya pernah melakukan perkara sama seperti Yusuf. 
Memang banyak yang menegur dengan memaklumkan ia boleh memberi kesan kepada kanak-kanak itu. Namun, disebabkan perasaan ingin tahu saya bertanya kenapa ia tak boleh dilakukan. Dari situ saya membuat kajian dan pembacaan sendiri.

Takpela Hairul, ramai yang tegur sebab sayangkan Yusuf. Lepas ni jangan diulang lagi kesilapan sama.

Thursday 27 October 2016

Doctor Strange | Movie Review & Trailer

Hari ni (27/10) Doctor Strange akan ditayangkan. ICM memang dah tunggu lama cerita ni.