Friday 22 January 2016

Brunei Sekat Jualan Produk Qu Puteh kerana ada kandungan mercury



ICM baru baca dari website berita Brunei yang meraka mula sekat jualan produk Qu Puteh di negara mereka. Produk tersebut adalah Qu Puteh Kosmetik Whitening Pro 9 cream and Qu Puteh Kosmetik Whitening UV Block. 

Menteri Kesihatan Brunei dalam kenyataannya memberitahu produk tersebut diuji oleh Drug Quality Control dibawah Department Pharmaceutical Services. 

Produk Qu Puteh dipercayai mengandungi mercury.

Mercury adalah bahan yang dilarang dalam produk kecantikan kerana boleh mendatangkan kesan buruk pada kesihatan pengguna. 

Jika terlalu terdedah kepada mercury boleh memberi kesan kepada kulit, hilang ingatan, kelemahan pada tubuh badan. kerosakan pada otak dan organ dalaman. Mercury juga toxic kepada bayi yang belum dilahirkan. 

So, memang bahaya la kan. ICM masih kurang jelas kenapa produk berkenaan masih digunakan di Malaysia. Nasib la ICM tak pakai, maklumlah kulit dah semula jadi cerah. Hehehe

Kita tengok je apa kata Dato' Vida tentang kenyataan ni. Ada kesan tak pada tajaan Dato' Vida pada pasukan bola Kelantan. 

Sumber : http://www.bt.com.bn/news-national/2016/01/22/moh-bans-sale-some-products

No comments:

Post a Comment