Friday 28 October 2016

[Gambar] Mayat Lelaki Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang Kedua Dijumpai

Mayat seorang lelaki yang dilaporkan mati lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, berhampiran Batu Maung pada pagi Selasa berjaya ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat pagi ini.


Menurut laporan, mayat mangsa yang dikenali sebagai Sukri Saad, 38, ditemui sekitar jam 9.02 pagi, kira-kira satu batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun.

Mayat seorang lelaki yang dipercayai milik mayat seorang lelaki yang terjatuh ke dalam laut dari atas Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berhampiran Batu Maung telah dijumpai.

Mayat lelaki berkenaan telah dijumpai oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba.







Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia.

Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat

Dari gambar, kelihatan gambar mangsa telah timbul dengan beberapa ketul bata dijumpai bersama mayat dipercayai untuk menenggelamkannya.


Memang tekad betul tu, sampai letak bata. 



No comments:

Post a Comment