Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Wednesday 2 December 2015

Harga Tiket KTM Naik, Harga Minyak Turun December 2015



Mula-mula kita diberi berita baik dengan penurunan harga minyak pada 1 December 2015

Harga Terkini RON95, RON97 & Diesel Mulai 1 Disember 2015 (Rasmi)

    RON95: RM1.95 Sen Seliter
    RON97: RM2.45 Sen Seliter (termasuk GST)
    Diesel: RM1.90 Sen Seliter
 

Harga Minyak sebelum 1 December 2015

    RON95: RM2.05 Sen Seliter
    RON97: RM2.45 Sen Seliter (termasuk GST)
    Diesel: RM1.90 Sen Seliter


So RON95 turun 0.10 sen. Walaupon sikit tapi bersyukur la sebab turun. Tapi belum puas bersorak dengan penurunan harga minyak, berita kurang enak pulak datang. Harga Tiket KTM Naik. 


Sebelum ni, selapas kerajaan umumkan harga minyak naik, mereka sarankan guna pengangkutan awam.



Sekarang dinaikan harga tiket ktm, jadi sarankan untuk drive pulak? atau bonceng motor?

Sedangkan kerajaan bersenang lenang, rakyak menanggung derita. 

syabas buat para menteri. 




Friday 27 November 2015

Waze dan Google Maps - Diharamkan?

Aku nak tanya,

Dalam sebulan berapa kali guna waze dan google maps? kenapa?

salah satu sebab aku buka waze, aku nak check jalan samada sesak atau tidak. Aku juga guna waze bila aku melawat kawan yang berada di tempat yang aku belum pernah pergi. atau aku guna untuk elak tol yang makin melonjak naik. 

Kalau berpandukan papan tanda, aku tak rasa aku akan sampai, mungkin sesat. Jadi aku nak tanya relevant ke apabila para menteri yang bijak di Malaysia nak mempertimbangkan untuk mengharamkan penggunaan Waze dan Google Maps di Malaysia.

Atas alasan boleh mengancam keselamatan Malaysia. 

emmm.

pandai.

Macam nak balik kampung je. Makin duduk KL, makin sakit jiwa dengan kepandaian para menteri. 


gambar : asalnya aku ingat itu lukisan pm kita. 

kredit : Google

Ini Malaysia


Aku jumpa gambar ni dekat Google. Aku tak pernah tahu tentang kewujudan tempat sebegini di Malaysia. Agaknya kaki aku masih belum melangkah jauh dan mengenal bumi Malaysia ni. 

Untuk yang tak tahu, Ini eskelator di Nu Sentral. Kredit Gambar dari Google.