Thursday 14 January 2016

ThrowBack : Respon Syatilla Melvin Bila Fazura mengaku pernah bercinta dengan Shaheizy Sam



Tahniah diucapkan kepada pasangan yang bakal berkahwin pada bulan Februari nanti iaitu Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam. Tiba-tiba ICM teringat pula semasa Fazura pernah mengaku bercinta dengan Shaheizy Sam. 

Kalau tak silap, masa ni Shaheizy Sam sedang bercinta dengan Syatilla Melvin kerana pengakuan di sidang media baru-baru ini menyatakan yang mereka telah bercinta selama 2 tahun. 

Jom trowback sindiran Syatilla kepada Fazura melalui twitter milik beliau. 


Siapa tak marah kalau ada wanita lain mengaku ada hubungan dengan boyfriend sendiri kan? Syatilla sendiri pon terpaksa sorok percintaan mereka selama 2 tahun kerana menghormati permintaan Shaheizy Sam. Apa-apa pon, kita doakan majlis mereka berjalan lancar :)





6 Letupan Bom di Jakarta 14 Januari 2016 | 4 Penyerang Maut Ditembak

Beberapa letupan kedengaran di tengah pusat ibu kota Indonesia, Jakarta pada lewat pagi 14 Januari, dengan sekurang-kurangnya disahkan empat orang maut setakat ini dalam kejadian nekad tersebut.

Sebuah balai polis di tepi jalan raya utama rosak selepas enam letupan kedengaran. Sekurang-kurangnya empat mangsa kelihatan terbaring di tepi jalan, menurut wartawan AFP yang berada di tempat kejadian.
Bunyi tembakan dilepaskan turut kedengaran di kawasan tersebut selepas itu, namun sehingga kini tidak jelas siapakah pihak yang bertanggungjawab dalam letupan bom dilancarkan secara mengejut berkenaan.
Antara kawasan terlibat dengan serangan pengeboman itu ialah sekitar gedung Sarinah di Menteng dan media tempatan melaporkan siri letupan bermula kira-kira pukul 10 pagi (atau 11 pagi waktu Malaysia).
Gedung Sarinah setinggi 15 tingkat yang dirasmikan presiden pertama Indonesia, Soekarno pada 1967 merupakan pusat beli-belah pertama di republik itu dan juga popular dalam kalangan pelancong asing.

Ini merupakan insiden serangan pengganas berani mati terburuk selepas kejadian letupan bom di luar Kedutaan Australia pada 9 September 2004 lalu yang berjaya membunuh sembilan orang awam tempatan.
Bandar raya Jakarta pernah bergegar dengan dua serangan bom terbesar pada 2003 dan 2009 yang hampir memusnahkan Hotel Marriott dan Ritz Carlton tidak jauh dari bangunan pejabat diplomatik Australia itu.
Indonesia juga sebelum itu pernah menjadi tumpuan seluruh dunia susulan pengeboman bunuh diri di pulau peranginan Bali pada 2002 dan 2005 yang memang disasarkan untuk membunuh ramai pelancong Barat.
Kesemua serangan berdarah itu dilakukan kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah, salah satu rangkaian militan serantau Al-Qaeda yang aktif di Indonesia selain jirannya, Malaysia, Thailand, Singapura dan Filipina.
– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Wednesday 30 December 2015

Pandangan Peguam Tentang Kes Zulkifli Membunuh Perompak



Assalamualaikum semua. 

Izinkan saya memberi pandangan utk menjelaskan apa yg berlaku. Memang kita semua bersimpati dengan Abg Zulkifli ini tetapi proses undang2 itu harus di lalui dahulu oleh Abg Zulkifli sebelum keadilan di tegakkan. 

Mempertahankan diri dan maruah keluarga sememangnya adalah satu pembelaan bermerit yg di benarkan di dalam Kanun Keseksaan walaupun ketika mempertahankan diri itu, kita menyebabkan kematian orang lain. Tetapi, fakta ini tak boleh di selesaikan di fb. Abg Zulkifli perlu juga menjalani proses tahanan reman, pendakwaan dan perbicaraan sehinggalah Hakim yg membicarakan kes itu nanti memutuskan beliau tidak bersalah kerana mempertahankan diri dan keluarga dari rompakan. Tempohmasa perbicaraan pula boleh selesai dlm tempoh 1 tahun. 

Di sebabkan kes yg di tuduh terhadap abg Zulkifli ini adalah kes bunuh, maka Peguam yang akan mewakili abg zulkifli nanti adalah peguam lantikan mahkamah. Ini bermaksud tak perlu kita nak kumpul duit cari peguam utk membela kerana kerajaan kita memang menyediakan peguam percuma jika tertuduh menghadapi kes yg melibatkan hukuman gantung.

Ok selesai bab abg Zulkifli. So apa jadi dgn keluarga beliau sementara beliau melalui proses mahkamah ini? Maka inilah tanggungjawab warganegara yg prihatin utk membantu meringankan beban keluarga. Nak kutip derma kutiplah untuk bantu keluarga abg zulkifli ni.

Tapi tak perlulah nak kritik sistem kehakiman negara ke apa sebab apa yg di lalui oleh abg zulkifli ni adalah prosedur biasa. Memang dia tak salah tapi sebab membunuh tu tetap suatu jenayah maka dia tetap kena menghadap Hakim dan melalui proses bicara.

Cuma sbb beliau mempertahankan diri dan keluarga maka mudahlah Peguam yg akan mewakili beliau nanti menimbulkan keraguan yg munasabah atas kes pendakwaan dan seterusnya membebaskan abg zulkifli.

Itu saja yg saya nak cakap sekarang.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz - Peguam