Saturday 30 January 2016

Gambar Mat Luthfi Kahwin


ICM ucapkan tahniah kepada Mat Lutfhi kerana selamat bergelar suami. Cantik kan pasangan Mat Luthfi. Kahwin sudah salah seorang Idola ICM. Sama-sama kita doakan semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke anak cucu :)


Seronok Mat Lutfhi bila semua dah halal ye. Mana tahu akan datang, Mat Luthfi buat video and ada wifenya sekali. Majlis perkahwinan nampak simple. Suka tengok Busana pengantin, simple sopan dan cantik. 

Tadi ICM ada juga check facebook/instagram and twitter. Ramai-ramai gadis malaysia sedih. Hahaha Tabah ye adik-adik. Dah jodoh Mat Luthfi. Hehehe

Kat sini ada yang minat Mat Luthfi?


Friday 22 January 2016

Brunei Sekat Jualan Produk Qu Puteh kerana ada kandungan mercury



ICM baru baca dari website berita Brunei yang meraka mula sekat jualan produk Qu Puteh di negara mereka. Produk tersebut adalah Qu Puteh Kosmetik Whitening Pro 9 cream and Qu Puteh Kosmetik Whitening UV Block. 

Menteri Kesihatan Brunei dalam kenyataannya memberitahu produk tersebut diuji oleh Drug Quality Control dibawah Department Pharmaceutical Services. 

Produk Qu Puteh dipercayai mengandungi mercury.

Mercury adalah bahan yang dilarang dalam produk kecantikan kerana boleh mendatangkan kesan buruk pada kesihatan pengguna. 

Jika terlalu terdedah kepada mercury boleh memberi kesan kepada kulit, hilang ingatan, kelemahan pada tubuh badan. kerosakan pada otak dan organ dalaman. Mercury juga toxic kepada bayi yang belum dilahirkan. 

So, memang bahaya la kan. ICM masih kurang jelas kenapa produk berkenaan masih digunakan di Malaysia. Nasib la ICM tak pakai, maklumlah kulit dah semula jadi cerah. Hehehe

Kita tengok je apa kata Dato' Vida tentang kenyataan ni. Ada kesan tak pada tajaan Dato' Vida pada pasukan bola Kelantan. 

Sumber : http://www.bt.com.bn/news-national/2016/01/22/moh-bans-sale-some-products

Thursday 14 January 2016

ThrowBack : Respon Syatilla Melvin Bila Fazura mengaku pernah bercinta dengan Shaheizy Sam



Tahniah diucapkan kepada pasangan yang bakal berkahwin pada bulan Februari nanti iaitu Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam. Tiba-tiba ICM teringat pula semasa Fazura pernah mengaku bercinta dengan Shaheizy Sam. 

Kalau tak silap, masa ni Shaheizy Sam sedang bercinta dengan Syatilla Melvin kerana pengakuan di sidang media baru-baru ini menyatakan yang mereka telah bercinta selama 2 tahun. 

Jom trowback sindiran Syatilla kepada Fazura melalui twitter milik beliau. 


Siapa tak marah kalau ada wanita lain mengaku ada hubungan dengan boyfriend sendiri kan? Syatilla sendiri pon terpaksa sorok percintaan mereka selama 2 tahun kerana menghormati permintaan Shaheizy Sam. Apa-apa pon, kita doakan majlis mereka berjalan lancar :)