Friday 11 December 2015

Piala Malaysia Kedah Selangor 2015 : Gambar-Gambar Sekitar Pembelian Tiket







Ramai betul yang datang beli tiket, tapi ramai juga yang pulang dengan kecewa gara-gara tiket habis dijual. Yang kecewanya, segelintir manusia yang mengambil kesempatan, yang tak berminat untuk menonton pon, menjual harga tiket dengan harga tinggi.



Ada yang buat kenyataan :

Tengok berita sukan dalam bulletin utama TV3 tadi, ramai penyokong Selangor tak puas hati kerana tak dapat tiket. Kadang2 tiket yg diperuntukkan kat penyokong Selangor dapat kat penyokong lain.

Admin terfikir pula dekat idea mencetak warna tiket berlainan mengikut pasukan yang disokong. Tak pasti sama ada idea ni boleh pakai atau tidak.. Saje share untuk tantapan anda..

Zaman sekarang dah moden. Sistem tiket online perlu diperluaskan tanpa perlu beratur.
- Harimau Malaya


ICM harap akan datang diperbaiki sistem jualan tiket ini.


Thursday 10 December 2015

Piala Malaysia Kedah Selangor 2015 : 31, 000 Tiket habis dijual


Sebanyak 31,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Selangor habis dijual jam 12 tengah hari tadi di Stadium Darul Aman.

Kaunter tiket yang mula dibuka sejak 10 pagi tadi diserbu peminat setia Helang Merah dan dalam tempoh dua jam semua tiket habis dijual.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Tiket dan Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) Shaharol Niza Omar berkata, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membekalkan sebanyak 30,000 tiket dewasa dan 1,000 tiket kanak-kanak kepada KFA untuk dijual di sini.

Menurutnya, sebanyak empat kaunter membabitkan lapan saluran dibuka di mana 6,000 tiket dijual secara pukal kepada penganjur rombongan.

"Kouta untuk ahli-ahli badan gabungan dan pegawai diperuntukkan sebanyak 4,000 tiket manakala selebihnya dijual di kaunter.

Setiap tiket dijual pada harga RM40 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.

sumber : metro online