Baru dua hari lepas, David Teo share trailer "Isteri Untuk Dijual" lakonan Nora Danish dan Kamal Adli. Menarik pulak trailernya. Kali pertama tengok watak Nora Danish yang sempoi dan bukan sopan ayu seperti lakonan beliau sebelum ni. Tak sabar nak tengok di pawagam 24 December ni. Hehe
Isteri Untuk Dijual merupakan filem arahan Eyra Rahman dan buat pertama kalinya menggandingkan Nora Danish dengan Kamal Adli.
Mengenai pemilihan pelakon utamanya, David Teo menyatakan Nora adalah pilihan tepat memandangkan aktres itu bukan saja mempunyai pengaruh besar tetapi dapat menjayakan wataknya dengan lebih berkesan.
"Nora pernah ada pengalaman berkahwin, jadi saya percaya dia mampu bawakan watak sebagai isteri dengan baik. Kalau mahu ambil pelakon yang hendak cipta nama misalnya seperti Atikah Suhaimie, saya rasa kurang sesuai.
"Sementara Kamal pula, dia muda dan masih belum berkahwin, kenalah dengan karakternya dalam filem ini," katanya.
SINOPSIS ISTERI UNTUK DIJUAL
Perkenalan pertama antara mereka telah menimbulkan bibit cinta dan akhirnya mereka berkahwin. Namun, hari demi hari perkahwinan Reza dan Bella dilanda masalah. Apakah kesudahan kisah pasangan suami isteri ini?
Kalau dari trailer, dah nampak yang Anabella lakonan Nora Danish ni berlainan sebelum dan selepas kahwin, mungkin itu yang timbul konflik dalam rumah tangga diorang.
"Isteri tak sama macam isteri orang lain" Ish Ish, Reza Reza (lakonan Kamal Adli)
Tengok trailer di video bawah ni :
Macam best kan? Ingat ye! Nantikan Isteri Untuk Dijual dipawagam pada 24 Disember 2015!
No comments:
Post a Comment