Saturday 30 January 2016

Orang Ketiga Punca Salih Yakob Bercerai

ICM sebenarnya terkejut bila baca Utusan Online yang mengatakan Salih Yakob tidak menafikan orang ketiga yang menyebabkan dia bercerai dengan isteri ke-2 nya . Kalau nak tahu, Salih Yakob sudah beristeri empat. 




Menurut kenyataan dalam Utusan Online :


Tidak menafikan wujudnya orang ketiga dalam perceraian itu, menurut Salih, bekas isterinya itu telah berkahwin dengan lelaki tersebut sebaik sahaja tempoh edah berakhir pada penghujung 2015.

“Dia mula berubah sikap selepas bertemu semula dengan rakan-rakan lamanya semasa reunion dan ketika itu dia memberitahu yang dia sudah tawar hati dan mohon untuk dilepaskan. Oleh kerana hormat akan permintaan dia, maka saya menceraikan dia secara baik. Saya reda melepaskan dia kerana itu yang dia pilih. Pada usia 47 tahun, dia minta cerai dan saya perlu tunaikan kerana tidak mahu berdosa,” katanya.


ICM sebenarnya terkejut sebab benda yang sulit seperti ini Salih Yakob boleh war-warkan kepada media. Semoga Salih Yakob bersabar dan mungkin ada hikmah. kan ada lagi 3 isteri. :)

Tiga isteri yang masih setia dengan Salih ketika ini ialah Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali (30).

Hasil perkahwinan Salih dan Nor Raha (bekas isterinya), dikurniakan lima anak berumur antara 13 hingga 22 tahun, selain dua yang masih bersekolah





No comments:

Post a Comment