Thursday 3 December 2015

Isteri Untuk Dijual di Pawagam 24 December Ini - Comel Watak Nora Danish



Baru dua hari lepas, David Teo share trailer "Isteri Untuk Dijual" lakonan Nora Danish dan Kamal Adli. Menarik pulak trailernya. Kali pertama tengok watak Nora Danish yang sempoi dan bukan sopan ayu seperti lakonan beliau sebelum ni. Tak sabar nak tengok di pawagam 24 December ni. Hehe


Isteri Untuk Dijual merupakan filem arahan Eyra Rahman dan buat pertama kalinya menggandingkan Nora Danish dengan Kamal Adli.

Mengenai pemilihan pelakon utamanya, David  Teo menyatakan Nora adalah pilihan tepat memandangkan aktres itu bukan saja mempunyai pengaruh besar tetapi dapat menjayakan wataknya dengan lebih berkesan.

"Nora pernah ada pengalaman berkahwin, jadi saya percaya dia mampu bawakan watak sebagai isteri dengan baik. Kalau mahu ambil pelakon yang hendak cipta nama misalnya seperti Atikah Suhaimie, saya rasa kurang sesuai.

"Sementara Kamal pula, dia muda dan masih belum berkahwin, kenalah dengan karakternya dalam filem ini," katanya.

SINOPSIS ISTERI UNTUK DIJUAL

Isteri Untuk Dijual mengisahkan Anabella (Nora) yang asalnya model sambilan majalah sebelum menjadi terkenal sebagai penghias kulit majalah terbaharu syarikat Kamal Reza (Kamal).

Perkenalan pertama antara mereka telah menimbulkan bibit cinta dan akhirnya mereka berkahwin. Namun, hari demi hari perkahwinan Reza dan Bella dilanda masalah. Apakah kesudahan kisah pasangan suami isteri ini?


Kalau dari trailer, dah nampak yang Anabella lakonan Nora Danish ni berlainan sebelum dan selepas kahwin, mungkin itu yang timbul konflik dalam rumah tangga diorang. 


"Isteri tak sama macam isteri orang lain" Ish Ish, Reza Reza (lakonan Kamal Adli)

Tengok trailer di video bawah ni : 


Macam best kan? Ingat ye! Nantikan Isteri Untuk Dijual dipawagam pada 24 Disember 2015!

Wednesday 2 December 2015

Kisah Kelakar Mark Adam Kali Pertama Jumpa Keluarga Isteri - Pakai Baju Melayu Gambar KLCC

Tadi ICM jenguk Sinar.fm, tengok la video Mark Adam bersama-sama Sepahtu. Mark Adam cerita pengalaman beliau masa mula-mula datang ke Malaysia. Rupanya Mark Adam ni datang ke Malaysia dulu kerana ingin membantu kos perubatan ayah Mark Adam. Sayangnya, umur ayah Mark Adam tak panjang. 


Jadi Mark Adam teruskan career di Malaysia sebagai seorang penyanyi. ICM baru tahu yang Mark Adam sebenarnya dah memeluk Islam dan berkahwin dengan gadis Melayu setelah bercinta selama 2 tahun. 

Boleh tengok video perbualan Mark Adam dan Sepahtu. Minit ke 3.53 adalah waktu Mark Adam bercerita tentang cintanya di Malaysia. 



#SepahtuSinar - Mark Adam
Video #SepahtuSinar bersama Mark Adam tadi pagi. Selamat menonton! Hehehe..
Posted by SINAR on Tuesday, December 1, 2015

Kelakar betul Mark Adam ni. Nak tengok ibu bapa mertua Mark Adam dan isterinya?



Cantik kan?

Hehehe, ada yang kecewa Mark Adam dah kahwin? :p